Wednesday, June 14, 2006

Ain terkini

Ain menggayakan cermin mata yang baru dibeli dan terus tak nak bukak-bukak.

Sunday, June 04, 2006

Terkini dari ku


Wajah terkini aku dan isteri serta anak-anak, seperti sebelum nie kami bergambar dulu sebelum pergi bersiar-siar. Saja buat cam tu, sebab kalau saja-saja nak bergambar penat jer nak bersiap-siap kemaskan budak-budak tu. Ini pun tak sampai beberapa minit si kakak tu dah buangkan skaf kat kepala dia tu. Maklum la budak-budak, kalau dia rasa tak selesa dia buang cam tu aje. Bukan dia tau kita beli menda tu dgn duit. Ok la tu, bila kita tengok dia pakai cantik-cantik rasa seronok dan bila kita puji-puji dia nanti mula la dia melenting-lenting gembira orang kata dia cantik. Itu lah seronoknya tengok budak-budak, itu pun ada orang yang sampai hati pegi dera budak kecil. Betul-betul tak berperasaan orang tu, pada aku orang camtu patut dipijak-pijak jek. Ok bye.....jumpa lagi

Thursday, June 01, 2006

Inilah Keluarga ku


Gambar terbaru isteri dan anak-anak ku, diambil ketika kami hendak pergi bersiar-siar dan membeli-belah tempoh hari. Begitulah rakyat malaysia, ketika beberapa kelompok manusia sedang mengharungi kapayahan hidup samada peperangan atau kemiskinan kita di Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa sibuk dengan aktiviti sosial seperti membeli-belah dan sebagainya. Manusia akan berpusu-pusu menuju ke pusat membeli-belah ketika jualan murah diadakan tak mengira waktu, samada awal bulan ataupun hujung bulan. Renung-renungkanlah bertapa amannya kita tinggal di Malaysia.