Friday, December 15, 2006

Semalam ku Nurain

Thursday, December 07, 2006

Happy Birthday Alfian


Selamat Hari Jadi Muhamad Alfian, hari nie 7 Dec 2006 Alfian genap setahun. Seronoknyer adik ngan kakak, sebenarnyer kerusi makan tu ayah hadiahkan sempena birthday adik. Tapi saje beli awal sebab adik suka makan sama-sama ayah ngan ibu dan kakak. Family aku dah mendidik aku supaya kita sewaktu makan biarlah bersama-sama sebab dari situlah bermulanya kemesraan kita. Kalau makan pun sorang-sorang nanti orang yang last tu dapat saki baki jer, lagi satu kalau makan sama-sama selera pun bertambah sebab seronok jer ader teman. Kalau budak-budak tu bila makan sama-sama biasanya dia orang nie berebut-rebut jadi dia akan makan banyak, kalau biar makan sorang-sorang dia rasa tak ader pencabar dia jadi slow jek. Moral-nya tu ler pasal aku beli kerusi nie untuk adik selain tak mau dia kacau makanan atas meja dia pun rasa syok duduk atas kerusi krtun dia tu, lepas tu kakak pulak jadi pengacau nyer..........

Tuesday, December 05, 2006

For My Dear



<bgsound src="http://www.kedaikad.net/v2/music/sound_2006-04-23_003634.mid" loop="infinite">

Monday, December 04, 2006

Teambuilding 2006



26/27/28 Nov 2006, rasa-rasanya inilah kali pertama dan terakhir TMnet buat aktiviti teambuilding nie...lepas nie tak tau camner sebab TMnet telah dirombak semula. Ramai orang kena masuk Telekom Malaysia, ramai yang mengeluh sebab kat Telekom tak best macam TMnet. Maybe lepas nie TMnet join Media Prima jadilah kita orang personaliti TMnet pulak, nanti ader vote tau dapat anugerah personaliti TMnet popular...he he he he he....

Adik & Kakak November


Sukanyer adik dapat kerusi baru, kakak apelagi dialah orang pertama yang merasmikannya....bagus juga beli kerusi nie tak ler adik asyik nak mintak dokong bila orang nak makan.

Sunday, December 03, 2006

Aidilfitri 2006



1 syawal 1427H bersamaan 24 Oktober 2006, kami sekeluarga meraikan hari raya aidilfitri kali ini tanpa keluarga Kak Juriah, dia orang balik beraya Teluk Intan, Perak. Seperti biasa pada Hari Raya pertama kami berkumpul kat rumah Mak & Bapak kat Yong Peng, lepas sembahyang baru kami masing-masing pergi ke rumah ibubapa mertua pulak. Mujurlah keluarga sebelah mertua pun tinggal dekat-dekat dengan ibubapa kami. Alhamdulillah, mudahlah urusan kami....

Saturday, September 02, 2006

Ceria


Apa yang mereka tunjukkan adalah kenyataan kerana kanak-kanak tidak pandai berpura-pura. Mereka sentiasa gembira apabila kita dapat memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya kerana kebahagiaan bagi mereka adalah dengan adanya kedua ibu paba disisi mereka. Jangan tinggalkan anak-anak tanpa kasih sayang dan perhatian, kerana-kanak perlu dibelai serta dimanjakan tetapi jangan keterlaluan. Lakukan ini supaya mereka tahu hadirnya mereka ini dihargai oleh kedua ibu bapa serta semua kaum keluarga. Kanak-kanak yang tidak diberi perhatian serta dibiar tanpa kasih sayang akan tertekan dan ini akan mempengaruhi perkembangan mereka. Sayangi mereka..kerana merekalah hidup kita ceria...

Monday, July 24, 2006

Jalan-jalan pegi JB (13/7/2006)



Gambar nie diambil kat Danga Bay (13/7/2006), nie firts time Ain sampai kat JB. Semenjak keja Kat Cyberjaya nie lah baru aku jalan-jalan kat JB, rasanya dah hampir 5 tahun. Walaupun sebelum nie aku kerja kat JB, aku rasa dah banyak sangat perubahan. Rasanya boleh jadi sesat kalau tak ia-ia gi ronda-ronda kat JB. Best jalan-jaln kat JB nie, tak cam kat KL. KL penuh ngan bangunan ngan projek yang tak siap-siap, dah tu nak rest pun tak der tempat yang best. Asyik-asyik gi kompleks, kalau kat JB leh gi lepak-lepak kat tepi laut pas tu kalau nak mandi air terjun pun tak jauh. Memang best la kalau nak lepak kat JB nie, tapi pasal cost kena citer sikit. Tu yang tak berapa best, tapi kalau aku pindah keja TMnet kat JB pun aku tak gi duduk JB. Baik aku duduk Kulai ke atau yang dekat-dekat sikit ngan kampung aku. Wassalam utk hari nie.............

Thursday, July 06, 2006

Mereka berdua


Tiada yang lebih menyeronokkan melainkan ketawa riang mereka berdua, kakak ngan adik dah tak leh lekang betul. Maklum lah sapa lagi ler kawan dia org, bedua tu jer la. Itulah hakikat perlunyer saudara, dari kecil lagi mereka dah kenal erti persaudaraan.Menyayangi dan merindui antara satu sama lain.

Wednesday, June 14, 2006

Ain terkini

Ain menggayakan cermin mata yang baru dibeli dan terus tak nak bukak-bukak.

Sunday, June 04, 2006

Terkini dari ku


Wajah terkini aku dan isteri serta anak-anak, seperti sebelum nie kami bergambar dulu sebelum pergi bersiar-siar. Saja buat cam tu, sebab kalau saja-saja nak bergambar penat jer nak bersiap-siap kemaskan budak-budak tu. Ini pun tak sampai beberapa minit si kakak tu dah buangkan skaf kat kepala dia tu. Maklum la budak-budak, kalau dia rasa tak selesa dia buang cam tu aje. Bukan dia tau kita beli menda tu dgn duit. Ok la tu, bila kita tengok dia pakai cantik-cantik rasa seronok dan bila kita puji-puji dia nanti mula la dia melenting-lenting gembira orang kata dia cantik. Itu lah seronoknya tengok budak-budak, itu pun ada orang yang sampai hati pegi dera budak kecil. Betul-betul tak berperasaan orang tu, pada aku orang camtu patut dipijak-pijak jek. Ok bye.....jumpa lagi

Thursday, June 01, 2006

Inilah Keluarga ku


Gambar terbaru isteri dan anak-anak ku, diambil ketika kami hendak pergi bersiar-siar dan membeli-belah tempoh hari. Begitulah rakyat malaysia, ketika beberapa kelompok manusia sedang mengharungi kapayahan hidup samada peperangan atau kemiskinan kita di Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa sibuk dengan aktiviti sosial seperti membeli-belah dan sebagainya. Manusia akan berpusu-pusu menuju ke pusat membeli-belah ketika jualan murah diadakan tak mengira waktu, samada awal bulan ataupun hujung bulan. Renung-renungkanlah bertapa amannya kita tinggal di Malaysia.