Tuesday, April 14, 2009

KUKUP, Pontian, Johor


Kukup, Pontian salah satu pintu masuk ke Malaysia dari Indonesia. Lokasi popular ke Indonesia dari Kukup adalah Tanjung Balai Karimun, Kepulauam Karimun memang dah popular bagi mereka yang suka ke Indonesia dari selatan Malaysia. Nak kata best pun bukan ada apa sangat, cuma sekadar pekan kecil dengan ada beberapa resort. Ada yang saya tanya ke sana buat apa, katanya "nak gi main golf" tapi macam-macam terbayang kat kepala saya. Setakat nak main golf kat Johor berlambak-lambak padang golf...takut golf lain jer...he he..


Seperkara lagi yang menarik adalah makanan laut kat sini semua fresh, ikan dia ternak dalam sangkar kat belakang restoran ni jer. Harga pun ok, sambil makan boleh menikmati pemandangan laut ngan hutan bakau. Pengunjung juga boleh melawat ke hutan bakau dan rumah-rumah rakit tempat memelihara ikan.


Dalam gambar diatas menunjukkan rumah-rumah rakit tempat mereka menternak ikan, biasanya siakap ngan kerapu. Ada bot besar warna kuning tu membawa pelancung ke rumah-rumah rakit dan pulau hutan bakau berdekatan.

Monday, April 06, 2009

Port Dickson February 2009