Saturday, June 23, 2007

To Day My Birthday

Hari nie 23 Jun 2007, hari lahir aku yang ke 33Thn. Hiiii.....dah banyak juga umur aku, anak pun dah 2. Terima Kasih Yana ( Isteri tercinta) kerana sentiasa mengingati tarikh itu. Aku sendiri pun kekadang terlupa, maklumlah zaman aku kecik-kecik dulu mana ader cara nak sambut Hari Jadi macam budak-budak sekarang nie. Lagi pun orang kampung mana ada duit sangat nak buat menda-menda camnie, kalau ader pun buat bubur merah ngan doa selamat ngan family jer.
Itu pun rasa nyer dah cukup best sangat. Hari nie walaupun hari jadi aku, tapi aku tak dapat nak bersama-sama ngan family aku. Ala sedihnya, tapi Yana still ingat. Tadi tengahari yana ada bagi massage " Happy Birthday", aku ada presentation pulak. Lepas tu kena gi kerja, ingatkan present tu abis awal boleh balik kejap makan ngan dia orang. Tapi aper nak buat sampai pukul 4 ptg pun tak abis-abis. Lepas present aku terpaksa terus pegi keja, balik pukul 10:00 mlm pulak tu. Besok pagi ader kelas lagi, munkin sampai petang juga. Tapi takper la, semua yang aku buat pun untuk dia orang juga. Aper-aper hal time tak kerja nanti aku bawak dia orang kuar, boleh gi makan-makan. He he he...bab makan-makan nie bini aku suka betul......ok bye...