Saturday, September 02, 2006

Ceria


Apa yang mereka tunjukkan adalah kenyataan kerana kanak-kanak tidak pandai berpura-pura. Mereka sentiasa gembira apabila kita dapat memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya kerana kebahagiaan bagi mereka adalah dengan adanya kedua ibu paba disisi mereka. Jangan tinggalkan anak-anak tanpa kasih sayang dan perhatian, kerana-kanak perlu dibelai serta dimanjakan tetapi jangan keterlaluan. Lakukan ini supaya mereka tahu hadirnya mereka ini dihargai oleh kedua ibu bapa serta semua kaum keluarga. Kanak-kanak yang tidak diberi perhatian serta dibiar tanpa kasih sayang akan tertekan dan ini akan mempengaruhi perkembangan mereka. Sayangi mereka..kerana merekalah hidup kita ceria...