Friday, July 31, 2009

Solat Jumaat


Assalamualaikum, dalam nukilan nie bukan aku nak bersyarah atau nak mengajar tetapi sekadar renungan dan pengajaran. Hari nie Jumaat, pukul 1:15pm aku pegi la masjid untuk sembahyang jumaat. Seperti biasa kalau tak kerja aku sembahyang kat Masjid Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, dekat ngan rumah aku. Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan berkenaan suasana dan ketenteraman semasa nak sembahyang tu. Dekat ruang sembahyang wanita yang terletak di tingkat atas punyalah riuh rendah sedangkan khatib sedang membaca khutbah jumaat. Budak-budak yang dekat atas tu kebanyakkannya berpakaian sekolah agama, tapi aku tak faham kenapa budak-budak nie tak reti diam. Sapa yang harus dipersalahkan, nanti kalau aku cakap budak-budak nie mak bapak dia tak ajar ke atau Cikgu dia tak bagi tau ke. Nanti ada orang kata pulak macam tak faham budak. Tapi masa aku kecik dulu bapak aku dah pesan awal-awal "kalau nak pergi sembahyang jumaat jangan buat bising". Kalau dia tau aku buat bising dah tentu dia tak bawak lagi aku pegi sembahyang jumaat, sebab budak-budak kalau belum berkhatan pun sebenarnya tak boleh duduk barisan hadapan sebab dia sentiasa ada hadas (najis pada kemaluan budak lelaki yang belum berkhatan tidak boleh disucikan sepenuhnya). Bila kita sembahyang berjemaah depan kita ada kanak-kanak yang belum berkhatan maka putuslah syaf itu....itu la seingat aku yang cikgu aku ajar....tapi orang sekarang banyak yang dah tak ingat perkara-perkara macam tu. Mereka kata nak ajar anak pergi masjid, nak ajar anak pergi masjid tu bagus. Tapi ajarla betul-betul.....ini budak-budak buat bising dalam masjid sampai betul-betul rasa terganggu jemaah dalam masjid tu. Pernah satu hari tu aku tengok ada orang tua merenung kat budak-budak tu dengan muka marah, tapi tak ada apa-apa kesan pun. Budak-budak tu tengok dengan tersengeh-sengeh dan ketawa jer, tak tau la aku kenapa jadi begini....budak-budak tu langsung tak reti nak hormat orang....macamana ibubapa mereka dirumah...adakah serupa macam anak mereka....ntah la...
"apa komen anda"

Alfian in action


Bila dah takder apa nak buat kat rumah suruh la adik buat aksi.....jadilah dia Ultraman...

Monday, July 27, 2009

Space oh Space

Gara-gara aku nak abihkan juga last paper nie terpaksalah aku berulang dari Sepang ke JB. Ahad lepas dengan Sabtu semalam nie aku turun ler JB....letih juga bila tiap-tiap minggu nak kena gi JB....nak drive letih jugak...poket pun letih gak.....Anak-anak aku suka jer sebab dia org dapat balik kampung. Tapi Sabtu semalam nie aku ada jumpa Dr. Syafri untuk selesaikan permasalahan aku nie....nak bagi ringan beban aku..memandangkan student pun tak ramai maka dia pun suruh kita org buat 3 perjumpaan sahaja...kemudian buatlah beberapa assignment dan projek...dan kemudian yang bestnyer no final exm....kira dia nak bagi aku gred jer la.....tq Dr....aku salam dia 3 kali oooo....suka sangat punya pasal....hu hu....

Friday, July 03, 2009

kakak & adik


Macam nie ler gelagat anak-anak aku, time dia bergurau gelak ler sampai sakit telinga nak dengarnya. Time nak bergaduh, bergaduh la dia...melalak tak adik nyer...kakak yang melalak...he he he he....itu ler nama budak-budak......kalau senyap jer boring pulak....