Thursday, October 09, 2008

Usang..

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum, dikesempatan ini ingin ku mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin" kepada semua yang mengenali diri saya serta keluarga walau dimana anda berada. Semoga Syawal kali ini akan lebih bermakna dan dicucuri rahmat, insya'allah.

Monday, September 08, 2008

Selamat Berpuasa

Setelah seminggu berpuasa dan rasa amatlah pantas waktu berlalu. Aku pun dah pindah ke rumah yang aku beli kat Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi. Barulah rasa selesa bila duduk kat rumah sendiri, apa nak buat pun tak kisah sebab rumah kita. Segala-galanya rasa puas hati, tapi buat masa nie agak berseleraklah sikit. Maklumlah baru pindah beberapa hari jer, tak siap lagi nak berkemas. Rasa letih tak hilang lagi nie.....

Sunday, August 17, 2008

Si jantung Pisang

Warna dan saiz pokok pisang ini menjadikan ia sesuai dibuat hiasan, tak pasti pulak samada buahnya boleh dimakan atau pun tidak. Jantung pisang adalah merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan.


Sesumpah

Gambar diambil di FRIM kepong, 2 Ogos 2008. Setelah penat menjelajah FRIM jumpalah sekor sesumpah nie, maka jadilah ia mangsa oleh kami yang tengah tercari-cari mangsa untuk diambil gambarnya. Sumpah-sumpah ataupun sesumpah adalah sejenis cicak yang berupaya menukar warna kulitnya mengikut keadaan persekitaran bagi tujuan menipu mangsa ataupun musuh.

Thursday, August 14, 2008

Crude Oil Prices 1947 - May, 2008


Sejarah kenaikan harga, infor selanjutnyer sila klik Oil Price History and Analysis

Saturday, August 09, 2008

Bersama Pencala (FRIM 2 Ogos 2008)



Sabtu 2 Ogos 2008, Aku dapat juga akhirnya outing bersama Pencala Photographers. Aku jadi orang pertama dalam group outing pagi tu sampai kat FRIM Kepong. Punyalah bersemangat, maklumlah aku tak pernah sampai tempat tu. Takut nanti tak boleh sampai jam 7:45 pagi kat situ, aku pun berangkatlah awal-awal. Tepat jam 7:30 pg aku sampai depan FRIM, aku pun terus call Bro Ajam. Dia kata tunggu dekat cafe, kat dalam FRIM tu cuma ada satu jer cafe jadi senang la aku nak cari. Sampai cafe tu aku pun terus masuk jer, nampak pulak sorang brother bawak kamera. Aku pun terus tanya dia, "join sekali dengan group Pencala.fotopages ke? brother tu pun cam ternganga kejap. Dia tanya aku dari mana? aku cakap la dari Cyberjaya. Dia kata dia ada Trasure Hunt, dari jalan Tun Razak jer. Aku pun selenger jer....buat-buat cam takder apa-apa berlaku aku terus capai pinggan ambik ler mee goreng pastu order teh O. Aku pun terus duduk makan sorang-sorang, ambil-sambil tu aku tepon Bro Ajam lagi. Dia kata dah sampai, ada kat parking....aku pun terus makan laju-laju. Siap jer terus bayar N kuar tengok-tengok kalau ada dia orang. Pastu aku nampak Bro Ajam jalan ngan Jimie, aku pun terus tegur dia. Dia kata yang lain dalam perjalanan lagi. Kita org pun terus cari meja duduk dulu sambil menunggu yang lain. Jam 8:00 pg barulah semua org datang...pastu kita pun teruskan aktiviti seperti yang dirancangkan......adios.........

Thursday, August 07, 2008

Eye...

Muhammad Alfian

Nurain

7th anniversary




Kemarin 5 Ogos adalah hari lahir Yana yang ke-28, pada hari tu juga adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7.."I Love U darling" semoga dilanjutkan usia dan kita bahagia selamanya disamping anak-anak yang comel dan manja. Insya'allah.........

Thursday, July 31, 2008

Sekilas Pandang


Kadang-kadang sesuatu yang nampak biasa kita tak sedar akan kelihatan menarik dari lense kamera....gambar nie aku ambik masa aku tgh tunggu member.

Masjulia & Mohd Azrol Fikri (13 Julai 208)


Thursday, May 29, 2008

Last Sunday activity


Buat pengantin semoga terbinalah satu keluarga yang bahagia

Nie ler pengantin lelaki, satu-satunya Abg sepupu Yana. Ain ngan Alfian pun tak ketinggalan jugak nak bergambar ngan pakcik sedara dia yang sorang nie.

Gambar Yana ngan pengantin bersama adik beradiknya





Ain ngan minibike, geram jer dia tengok.




On the way nak gi hantar sepupu Yana bersanding kat Kampung Tanjung, Nilai tu arie aku sempat singgah sekejap kat Nilai 1 sambil-sambil tunggu dia orang sampai. Kebetulan pulak ada minibike race, ini dah cukup bagus. Aku apa lagi cam biasa la, keluar la canon aku...dapat gak ambik gambar adik-adik kecik berlumba. Seronok juga tengok dia orang berlumba, dari kecik dah diasah bakat Tengok jer la sekarang nie pun pelumba-pelumba cubprix pun dari kalangan remaja belasan tahun. Tak macam dulu, dah tua-tua pun tak sedor-sedor nak belumba lagi. Ain pun suka ler sangat menengok motor-motor nie. Kalau aku belikan, aku ingat dia pun berani naik. Anak pompuan aku nie lasak sikit, yang lelaki pulak takut bila dengan bunyi motor tu bising sangat.

Study group members for the last exm (sem II 07/08)

Dari Kiri : Sham, Raub, Hj. Razak, Rosli, Fisal, Shahrul & Zahari

Dari Kiri: Raub, Hj. Razak, Fisal & Rosli

Dari kiri : Shahrul, Fadzli, Zul UIA & Zahari


Gambar-gambar nie aku ambik masa kita orang buat study group nak final exam tu arie, berkat kesungguhan dan bantuan serta semangat yang dia org beri alhamdulillah keputusan yang aku dapat pun sedap didengar.

Friday, May 23, 2008

Morning Glory

PCC ( Putrajaya Convention Center)




Alfian aka Effy
Ain
Alfian 'N' Ain
Aku
My lover Yana

20 may 2008, pagi-pagi kita orang pegi taman permainan kat depan PCC ( Putrajaya Convention Center) saja nak berkelah. Ain ngan Alfian bermain la kat situ, aku seperti biasa merakamkan gambar keletah dia org. Mama sampai-sampai terus makan jer...

Wednesday, May 14, 2008

Pics Of The Day

adik lepas potong rambut....baru la ancem..


Oleh kerana dah lama juga tak keluar jalan-jalan ngan budak-budak nie dan aku pun tak ada masa maka aku pun snap jer la apa yang dia org buat kat umah. Dapat juga lepaskan gian ambik-ambik gambar. Budak-budak nie pun dah memang jadi model tetap aku, jadi dia orang pun posing jer ler kalau aku cakap nak ambik gambar. Siap tak puas-puas pulak, nak lagi ajer.

Monday, May 12, 2008

Hii, assalamualaikum.....lokasi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Aktiviti nie adalah siri pembuangan cas -ve yang Yana cadangkan. Sebenarnya aktiviti seperti nie adalah baik untuk kesihatan...pembuangan cas -ve dapat melegakan rasa-rasa letih, lesu serta ngantuk didalam badan kita setelah penat bekerja. Lebih-lebih lagi pada masa kini kita bekerja dengan komputer adalah lebih mudah mendapat cas-cas -ve nie...

Thursday, April 10, 2008

Sepetang Di Bagan Lalang

Lokasi: Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Kira-kira 60km perjalanan dari Putrajaya.



Sabtu lepas (5 April 2008) kita orang pegiler ke Bagan Lalang berjalan-jalan, tujuan utama nak makan sea food kat situ. Memang menarik, banyak pilihan dan harganya pun ok. Timer Kasih ler kat Zaimi & Mai kerana sudi belanja kami anak beranak, lain kali boleh kita pegi lagi. Masakannya pun ok, secara keseluruhan berpuas hatilah kami. Tapi hari tu kami tak punya masa yang banyak, datang pun sampai dah dekat pukul 7:00pm. Jadi tak puas la nak jalan-jalan meninjau sekitar pantai kat situ, dari apa yang aku perhatikan pantainya pun ok. Yang menarik tu kalau datang siang-siang hari boleh la kita makan-makan sambil menikmati angin pantai. Best tu......