Thursday, December 13, 2007

Happy 2nd birthday Alfian ( 7 dec 2007 )


Sayang papa dah 2thn, papa doakan semoga jadi anak yang soleh dan bijak. Papa, Mama & Kakak ucapkan selamat hari jadi untuk adik, sayang selalu dari kami.

Wednesday, December 05, 2007

Happy 2nd Birthday Maya Alysha



Happy birthday Alysha, semoga panjang umur dan sihat selalu. Moga menjadi anak yang baik dan bijak.

Tuesday, November 27, 2007

18 November 2007 - Misnah & Hamdie




17 n0vember 2007, mak usu Yana dinikahi oleh lelaki idaman dia...maka berakhirlah zaman bujangnya. Aku ngan famili pun balik kampung ler arie tu....aku pun mencuba-cuba ler skill snap gambor-gambor pengantin. Tapi tak banyak dapat yang cun-cun sebab menyambil-nyambil jer, lagipun Effy tak leh ditinggal-tinggalkan. Asyik nak ayah jer, kakak kira ok....dia main ngan kawan-kawan.


Tuesday, September 25, 2007

Tuesday, September 11, 2007

Adik & Kakak terkini...........

Effy before and after

Ini 2nd time adik potong rambut, punya la Mama takut adik tak mau potong rambut pegi ler belikan mainan kat adik. Dalam keta nak pegi kedai gunting Mama memujuk adik ler macam-macam gayanya. Last time, dah sampai kedai gunting adik melalak bila tengok mesin gunting tu. Last2 brother tukang gunting tu surender bila adik melalak-lalak takut tengok mesin gunting tu. Tapi petang tu syukur alhamdulillah adik relek jer bila digunting rambutnyer, dia diam jer. Kakak sukanyer tengok, katanya adik macam baby. Abih ler kepala adik asyik diusap-usap........

Sayang Papa & Mama sukenyer dia.....................

Wednesday, August 29, 2007

Monday, August 20, 2007

Malaysia International Fireworks Competition 2007

Opening Malaysia International Fireworks competition 18/08/2007

Monday, August 13, 2007

1st Birthday Armand Ezra


Happy birthday to Armand Ezra

Saturday, August 11, 2007

5 Ogos 2007 - Birthday Yana & Ulang tahun Perkahwinan Kami Ke-6

Yana, happy birthday to you my dear. Malam tu kita org ajak Zaimi & Mai sekali, pertama-tamanya Ain dah lama tak jumpa Syasya. Itu le pasal, lagi satu kalau ajak kawan rasa tambah seronok. Sambil-sambil makan boleh la berbual-bual, budak-budak tu boleh la main-main. Tempat tu pun ok, kita makan kat pangkin....org kelate kata wakaf le lebih kurang camtu..syok juga sebab makan dengan duduk ala-ala jepun. Selalu gi makan kat kedai duduk atas kerusi, baby pulak tak senang duduk atas baby chair tu. Jadi tempat nie kira pilihan yang baik...dapat la Papa makan agak selesa. Lain kali boleh gi lagi nie.....




Aku 33th & Yana 27th

Yankees Ikan Bakar & Sea Food ..Bangi (5/8/2007)




Tuesday, July 31, 2007

Kini

Mama & Alfian - Genting Highland (17/3/2007)

Alfian - Nilai 3 (30/5/2007)

Ain - Zoo Melaka (29/5/2007)

Mama, Kakak & Adik..I love you all too much




Ain dah pun 3 thn 5 bln, Alfian pulak dah 1 thn 7 bln. Kejap jer dia orang nie dah besar, tak perasan pulak rasa macam baru semalam jer. Oleh kerana seronok melayan dia orang nie kita pun tak perasan dah besar dah anak-anak ayah yang manja sesangat nie. Adik dah semakin petah bercakap, kakak pulak makin banyaklah soalan-soalan yang diajukan kat ayah. Kadang-kadang sampai tak terjawab. Kang buat diam jer, kesian kat dia pulak. Jawab jer la janji dia puas hati, kalau tak kang tak renti-renti soalannya. Dia orang berdua nie rajin menulis ngan mewarna, sampai dinding-dinding pun habih ditulisnya........jawabnya kenalah touch-up dinding tu. Sekarang nie kakak dah pandai pulak main play station, abih la tak dapat Mama tengok TV....tapi takper mama juga yang bagi idea belikan game tu. Sekarang nie mama pulak join sama. he he he....



Saturday, June 23, 2007

To Day My Birthday

Hari nie 23 Jun 2007, hari lahir aku yang ke 33Thn. Hiiii.....dah banyak juga umur aku, anak pun dah 2. Terima Kasih Yana ( Isteri tercinta) kerana sentiasa mengingati tarikh itu. Aku sendiri pun kekadang terlupa, maklumlah zaman aku kecik-kecik dulu mana ader cara nak sambut Hari Jadi macam budak-budak sekarang nie. Lagi pun orang kampung mana ada duit sangat nak buat menda-menda camnie, kalau ader pun buat bubur merah ngan doa selamat ngan family jer.
Itu pun rasa nyer dah cukup best sangat. Hari nie walaupun hari jadi aku, tapi aku tak dapat nak bersama-sama ngan family aku. Ala sedihnya, tapi Yana still ingat. Tadi tengahari yana ada bagi massage " Happy Birthday", aku ada presentation pulak. Lepas tu kena gi kerja, ingatkan present tu abis awal boleh balik kejap makan ngan dia orang. Tapi aper nak buat sampai pukul 4 ptg pun tak abis-abis. Lepas present aku terpaksa terus pegi keja, balik pukul 10:00 mlm pulak tu. Besok pagi ader kelas lagi, munkin sampai petang juga. Tapi takper la, semua yang aku buat pun untuk dia orang juga. Aper-aper hal time tak kerja nanti aku bawak dia orang kuar, boleh gi makan-makan. He he he...bab makan-makan nie bini aku suka betul......ok bye...

Sunday, April 01, 2007

Terkenang

Hari nie dalam perjalanan balik dari kelas hujan bukan main lebat, waktu aku lalu kat pekan Seri Kembangan seperti biasa traffic memang teruk kat situ...Aku pun drive slow jer...waktu lalu depan Bank Bumi kat situ aku terpandang seorang pompuan tengah memangku anak dia kat depan kenai Elektrik. Pompuan tu duduk dengan pakai helmet pastu anak kecil kat pangkuan tu tidur...waktu tu jam 7.00 petang. Sorang lagi anak dia lingkungan 3 @ 4 tahun berlari-lari depan kedai tu...biasala budak-budak yang masih tak tahu apa-apa...dia suka jer..aku teringat masa aku kecik-kecik tetiba bila tengok pompuan tu berteduh...waktu tu hujan memang lebat betul..aku yang bawak kereta pun pandangan tak berapa jelas. Aku kesian tengok budak kecik yang tertidur tu...anak aku kat umah tidur sedap-sedap atas bantal..budak tu tak tau kena tunggu sampai pukul berapa nak sampai rumah selagi hujan tak reda. Takkan bapak dia nak bawak naik motor dalam hujan? Peristiwa tu betul-betul menyentuh perasaan aku, waktu kecik dulu aku naik motor ngan bapak aku. Tiba-tiba hujan turun bukan main lebat, masa tu aku lebih kurang 9 ke 10 thn la ...macam tu la lebih kurangnyer..dah tu malam pulak..yang menyayat hati tu minyak motor bapak abis pulak..punyalah sedih..bapak singgah kat satu kedai melayu (orang jawa macam aku jugak). Bapak ketuk kedai tu, keluarlah tuan punya kedai. Aku masih ingat nama dia Dollah, pastu bapak tanya minyak ada ke tidak. Dia kata tak der..dah takder tu takperlah..tapi yang aku sedih dia tak bagi kami berteduh kat kaki lima kedai dia...Bapak tak kisah, dah orang tak bagi takper..nak buat camner. Bapak pun tolak motor sampai rumah dalam hujan ngan aku. Aku terasa kami memang terhina, maklumlah orang tak berada..naik motor buruk jer..sapa pun tak pandang. Tapi kini aku nersyukur bapak aku tak naik motor lagi...dah ada kereta macam orang lain jugak...tapi yang aku sangat-sangat kagum, bapak aku nie dia punya sabar tahap aper pun aku tak tau la...dia tak pernah berdendam walau orang menghina kami...aku terlalu rapat dengan bapak..peristiwa-peristiwa bapak dihina dicaci kat depan aku nie bukan sekali....kajadian-kejadian tu menyebabkan aku tak hormat orang bila aku dah besar...aku cuma takut dan hormat kat mak, bapak, kakak ngan abang aku jer.Dia orang ni la yang terlalu banyak berkorban kat aku. At least sedara mara yang mulut celupar tu pun aku malas nak layan...gi jahanam la dengan dia orang...kesenangan yang aku dapat hari ini atas usaha bapak aku berasaskan tulang empat kerat dia...aku sanggup buat aper saja demi keluarga aku..hari ini orang tolong jangan buat pasal denagn aku....kawan baik pun aku letak pisau kat leher sebab mulut dia celupar...rumah orang pun aku nak bakar, semua pasal mulut...aku nasihatkan kengkawan aku yang ada tolong jaga mulut..jangan jadi penghasut...jangan cari pasal ngan orang...kerja baik-baik. Kalau ko rang tersalah orang, tak pasal-pasal dapat hadiah tak diundang.....tapi pompuan ngan anak dia tu betul-betul mengingatkan aku kisah-kisah silam aku ngan bapak...aku berdoa seluruh keluarga aku, sahabat handai seluruh keturunan hidup senang..sekurang-kurangnyer hidup kita tak dipandah rendah ngan orang....Wassalam

Friday, January 12, 2007

Alamanda Putrajaya 11 jan 2007



Ain cukup suka sangat dengan benda-benda camnie, yang tak laratnya kalau ader banyak tu semua dia nak naik. Lepas tu pandai pulak mintak duit nak masukkan kata dia bagi benda tu bergerak, sebab kalau bergerak nanti ader lagu. Tu yang dia suka sangat, yang pening kita..habis duit cuma menabung kat situ jer...layankan jer la....janji dia bahagia....