Tuesday, January 24, 2012

Hari ini 24 Januari 2012


Raya 2011

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi,

Terasa lama sangat tak post apa-apa dalam blog nie, tentu dah banyak peristiwa dan acara diluar sana yang terjadi.


Baby Ariq, putera ke 3 aku yang lahir pada 7 May 2011 kini dah berusia 8 bulan. Dah nak berlari dah...comel ler sangat. Suka sangat ler kakak ngan abang ada baby comel...bapak aku antara yang excited sangat bila dapat cucu comel nie. Tak sabar dia nak buat kenduri potong jambul cucunya...kenduri tu di buat sekali dengan kenduri doa selamat bapak ngan mak nak gi Umrah pada cuti sekolah May 2011. Inilah potong jambul terakhir buat bapak kepada cucunya...bapak telah pergi buat selama-lamanya pada 1 oktober 2011. Satu kejutan besar buat aku, bapak meninggal selepas sehari berbual-bual di telefon ngan aku. Dari segi percakapan dan tingkah lakunya tiada yang pelik sebelum dia pergi. Bapak pergi ngan aman dan tenang di waktu subuh hari, bapak pergi dalam keadaan bersih selepas mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat subuhnya. Bapak sesungguhnya kau sangat agong dihati kami...Al- Fatihah buat bapak......aku dah tak mampu nak menulis lagi......