Tuesday, December 14, 2010

Happy Birthday Alfian 5th...


7 Dec 2010 birthday Alfian yang ke-5, Papa doakan semoaga adik membesar menjadi orang yang berjaya dan sentiasa ceria. Papa sayang adik...

Thursday, September 30, 2010

Rock Raya - Suasana Hari Raya

Layan lagu nie...baru betul-betul raya...

Wednesday, September 29, 2010

Hari Raya 2010

Gambar aku ngan family aku.

Ayah dan Ibu serta cucunya...tak ada dalam gambar anak-anak Kak Juriah, dia org beraya kat Kelang.
Yana & Aqilah

Friday, August 27, 2010

Salam Merdeka yang ke-53

Salam dan selamat sejahtera, selamat menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua warga Malaysia walau dimana jua berada. Hargailah kemerdekaan ini sebagaimana susahnya pahlawan-pahlawan kita memperjuangkan kemerdekaan ini. Sama-samalah kita memelihara keamanan dan perpaduan negara demi menjana ekonomi negara dan diri sendiri. Kesenangan dan kemewahan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada keperitan pahlawan-pahlawan kita yang terdahulu, dengan itu hargailah kemerdekaan ini dan peliharanya semoga kita akan terus merdeka di tanah air sendiri..."kibarkan jalur gemilang anda"...

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, sempena dibulan yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "selamat berpuasa" kepada semua umat Islam di bumi ini, teristimewa buat Isteri dan anak-anak serta keluarga semua. Semoga dibulan yang mulia ini kita beroleh keberkatan dan dilimpahi rahmat dari Allah hendaknyer. Wassalam...

Potongan Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Riwayat Ibnu Majah

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.
ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Tuesday, June 29, 2010

papa

Ingat Ku Dalam Doa Mu

Artist: Stings
Ada sesuatu ingin kukatakan
Kuharap engkau dapat mengertikan
Selama ini dirimu kusayang
Walaupun kau tidak percaya

Tak guna aku memaksa dirimu
Untuk percaya segala kataku
Kiranya engkau fahami hatiku
Tentunya kau akan menyedari

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra... marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu sayang

Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku... oh sayang

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra... marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu... sayang

Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku... oh sayang

Andainya aku hilang di matamu
Ingatku dalam doamu

mama sayang papa

Adakah Kau Setia - Stings

Sejak aku mengenali dirimu
Bermacam dugaan yang ku hadapi
Adakala tersentuh rasa hati
Adakala cemburu melukai
Namun aku tempuhi dengan sabar

Sejak aku jatuh cinta padamu
Perasaan aku sering terganggu
Adakala aku rasa curiga
Adakala semacam tak percaya
Adakah kau setia kepadaku

(*)
Oleh kerana hatiku setia
Sebab itulah teguh cintaku
Oleh kerana hati sudah terpikat
Sebab itu aku sayang

Dari hari ke hari aku terus merindui
Dan aku dapat rasakan betapa hatiku sukar
Nak melepaskanmu

Biar terpaksa susah payah
Namun kurelakan
Asalkan kita terus dapat Oh bersama selamanya

(ulang *)

Sejak aku jatuh cinta padamu
Perasaan aku sering terganggu
Adakala aku rasa curiga
Adakala semacam tak percaya
Adakah kau setia kepadaku

kau kesayanganku SCREEN

orang yang ku sayang sayang SCREEN

Thursday, June 10, 2010

Ayah.....

27 may 2010 jam 10:00 pg, Abg aku call dia kata bapak masuk wad. Satu kejutan buat aku, seumur hidup aku bapak tak pernah sakit. Paling kuat demam biasa jer, aku waktu tu kat opis. Tanpa buang masa aku terus balik, fikiran aku tak menentu....aku sampai hospital Batu Pahat jam 5:00 ptg. Sampai sana abg aku dah tunggu...tengok keadaan dia macam ok..tapi aku tak pasti....betul ke ok sebab sehingga hari ini dia masih didalam wad. Terlalu banyak benda aku fikirkan...terlalu banyak kenangan pahit manis aku ngan bapak....semunya memberi kesan besar dalam kehidupan harian aku. Aku tak nak kehilangan bapak....oh tidak...

Sunday, April 25, 2010

Wednesday, March 10, 2010

Sekilas pandang...

Masjid Besi Putrajaya, dah lama aku merancang nak ambik shot malam masjid nie. Nampak tersergam indah dengan pancaran cahaya serta balikan bayang dari tasik menambahkan lagi keindahannya..

Aksi anak-anak aku sewaktu nak gi jalan-jalan, suka jer dia orang bila sebut gi jalan. Malam-malam camnie bawak jer gi Putrajaya, melepak makan-makan kat Precint 9 ok jugak. Macam-macam menu ada, nak apa jer order jer la....


Yang nie gambar Nurain dan Alfian sewaktu nak gi sambutan Maulidurasul kat Surau Taman Dahlia, dia orang sepatutnya ada persembahan nasyid. Tapi adik tiba-tiba mogok tak nak join pulak, puas Cikgu memujuknya tapi tak berjaya.....adik oh adik...tengok tu masam jer muka dia....kakak bukan main ceria...maklum la, dapat kasut baru ngan baju baru....ha ha ha

Thursday, February 25, 2010

TSC dalam kenangan..

Setelah sekian lama aku berbakti pada group TSC kini tibalah masanyer aku mengorak langkah. Bermula minggu ini aku bekerja kat CSF building ( CBJ5 Data Center), walaupun aku dah biasa dengan Data Center nie tapi kini tanggungjawab aku berbeza. Selangkah lagi aku meneruskan karier aku didalam dunia IT.....

Monday, February 08, 2010

Pentingnya Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, samada di dunia mahupun di akhirat. Islam, menurut takrifnya yang sebenar, ialah Ad-Din, iaitu suatu sistem hidup yang lengkap, menyeluruh, mencakupi kegiatan peribadatan, perekonomian, kemasyarakatan, dan . Semua kegiatan tersebut tidak akan bernilai dan sempurna disisi Islam tanpa berasaskan aqidah, syariah dan akhlak. Dengan kata-kata lain, semua kegiatan tersebut, samada berbentuk spritual mahupun fizikal, matlamat dan tumpuan akhirnya adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah. Ini adalah selaras dengan matlamat manusia itu dijadikan:

Ertinya: Dan tidaklah aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. (Surah Az-Zariyat ayat 56).

Oleh itu, bagi mencapai kebahagian yang sebenar samada di dunia mahupun di akhirat, dengan berlandaskan prinsip-prinsip tersebut, Islam telah menjadikan ilmu pengetahuan sebagai alat dan penggerak utamanya. Ilmu diangkat ke tahap yang paling tinggi di antara urusan hidup manusia, tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan tersebut akan menemui kegagalan dan tidak akan sampai kepada matlamatnya yang sebenar, iaitu keredhaan Allah.

Menurut Islam, ilmu pengetahuan juga merupakan satu ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain. Ini telah pun dijelaskan dalam Al-Quran didalam surah Az-Zumar, ayat 9 yang berbunyi:

Ertinya: Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui.

Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan alat bagi mencapai tahap keimanan yang sempurna dan kayu ukur ketaqwaan seseorang terhadap Tuhannya. Ilmu dan dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi. Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran:

Ertinya: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.(Surah Al-Mujadalah ayat 11)

Menurut pandangan Islam, ilmu ialah semua jenis ilmu pengetahuan yang boleh mendorong manusia mencapai kebahagian samada di dunia mahupun di akhirat. Ilmu sebagai suatu alat yang unik, yang boleh mendorong dan membimbing pemiliknya untuk mengenal Allah dan memperhambakan diri semata-mata kepadanya. Justeru itu, kepentingan berilmu samada bagi individu mahupun masyarakat, begitu bernilai dan disanj`ung tinggi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana pentingnya kedudukan ilmu ini sebagai alat dan syarat utama kepada manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Nabi Adam a.s sebelum diutus ke bumi, telah dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan bagi melayakkan diri sebagai khalifah Allah yang bertanggung-jawab mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini.

Ilmu juga penting bagi manusia mencapai tujuan ia dijadikan oleh Allah iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah. Tanpa ilmu adalah sukar baginya untuk mencapai ketaqwaan yang sebenar kerana ilmu memainkan peranan penting dalam peningkatan iman dan pendorong bagi seseorang untuk mengenal Allah dengan lebih dekat lagi.

Oleh yang demikian, Islam sejak kemunculannya telah mengingatkan umatnya agar menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad. Dengan kata lain, pembelajaran menurut Islam berlaku sepanjang hayat. Rasulullah s.a.w bukan sahaja menggalakkan umat Islam, bahkan mewajibkan setiap individu menuntut ilmu pengtahuan.

Menurut pandangan Islam juga, ilmu itu suatu yang suci serta bernilai dalam kehidupan seseorang Muslim. Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain, beserta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para Nabi. Khususnya umat Rasulullah s.a.w. Mereka diberikan tanggung-jawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w selepas kewafatan Baginda.

Imam Ghazali menyatakan, tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian.

Kepentingan ilmu pengetahuan juga dapat dilihat daripada perbuatan Rasulullah s.a.w. Disamping Baginda menjadi Rasul, Baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Allah menegaskan:

Ertinya: Dan taatlah kamu akan Allah dan taatlah Rasul. Dan jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul kami hanyalah menyampaikan amanat Allah dengan terang.(Surah At-Taghabun ayat 12)

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:

Ertinya: Sesungguhnya aku diutus sebagai seorang guru.

Galakan Rasulullah s.a.w kepada umat Islam supaya menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang seimbang antara kehidupan dunia dan akhirat. Matlamat pendidikan Islam juga menjurus kearah mendidik manusia menjadi insan sempurna, mewah dalam kehidupan serta patuh akan suruhan.

Dalam hal ini, Baginda s.a.w. senentiasa mengigatkan kita tentang kepentingan ilmu, bukan sekadar dengan kata-kata dalam bentuk sabda atau teori sahaja, bahkan diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti menyampaikan ilmu Allah itu samada di rumahnya, di rumah sahabat seperti di rumah Al-Arqam Ibn Abi Al-Arqam, di masjid, juga di tempat-tempat perhimpunan.

Jelaslah kepada kita betapa pentingnya ilmu itu dalam kehdupan, sehingga Baginda s.a.w pernah mengigatkan kita dalam hadisnya yang bermaksud. “Barangsiapa menghendakki dunia maka dengan ilmu, barangsiapa menghendakki akhirat maka dengan ilmu, barangsiapa mahukan keduanya juga dengan ilmu”.

Dipetik dari: Majlis Ugama Islam Singapura - Khutbah Jumaat ( 1 February 2002M / 11 Zulkaedah 1422H )

Happy Birthday Nurain

Nurain - 7 Feb 2010

"Selamat Hari Lahir Nurain yang ke-6thn"

Saturday, January 23, 2010

Daulat Tuanku

Tunku Ibrahim Ismail Dimasyhur Sebagai Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 23 Jan (Bernama) -- Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru pada Sabtu
23 Januari 2010.

Pemasyhuran itu, berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi.

"Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama," katanya.

Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.

Tunku Ibrahim Ismail, yang berbaju Melayu putih, juga melafazkan sumpah bagi menghormati dan memelihara agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang teguh kepada Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-undang negeri Johor.

Istiadat angkat sumpah disaksikan Sultanah Zanariah, isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan kesemua anakanda serta adinda baginda. Turut hadir Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadot, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta anggota Exco kerajaan negeri Johor.

Pemasyhuran Tunku Ibrahim adalah bagi mewarisi takhta Johor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada pukul 7.15 malam semalam di Hospital Pakar Puteri di sini.

Istiadat itu diadakan sebelum pemakaman ayahanda baginda di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Petang semalam, Tunku Ibrahim Ismail dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Iskandar dimasukkan ke hospital itu kerana gering.

Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Baginda pernah dilantik Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Baginda menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim Ismail yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei.

Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.

-- BERNAMA

Al-Fatihah


Sekalung takziah buat seluruh warga Johor dan kaum keluarga Diraja Johor keatas kemangkatan Al-marhum Sultan Iskandar Ibni Al-marhum Sultan Ismail Ibni Al-marhum Sultan Ibrahim sultan bagi seluruh jajahan negeri Johor.

Sultan Iskandar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada kira-kira jam 7:15 mlm
22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru pada usia 77thn dan beliau meninggalkan seorang Isteri serta 10 orang putera dan puteri.

Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.

Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.

Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.

Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.

Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat.

Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982

Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984

Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar

Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.

Tuesday, January 05, 2010

4 Januari 2010 - Hari pertama buat Alfian



Hari nie hari pertama Alfian ke sekolah,TABIKA pun TABIKAlah..ok jer..Alhamdulillah, tak ada masalah. Alfian tak kisah pun, seperti mana kakak masa mula-mula sekolah macam tu jugalah Alfian. Dia buat tak kisah jer, mula-mula ingatkan dia mintak temankan ke? Maklkumlah kalau kat rumah bukan main manja, tapi dia buat selamba jer bila Papa tinggalkan dia. Kakak pulak macam biasa, pantang terlepas dari rumah tersengeh-sengeh ler dia. Baru hari pertama dia dah dapat ramai kawan, dia kata kenapa sekejap sangat dah balik....wassalam.