Sunday, August 17, 2008

Si jantung Pisang

Warna dan saiz pokok pisang ini menjadikan ia sesuai dibuat hiasan, tak pasti pulak samada buahnya boleh dimakan atau pun tidak. Jantung pisang adalah merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan.


Sesumpah

Gambar diambil di FRIM kepong, 2 Ogos 2008. Setelah penat menjelajah FRIM jumpalah sekor sesumpah nie, maka jadilah ia mangsa oleh kami yang tengah tercari-cari mangsa untuk diambil gambarnya. Sumpah-sumpah ataupun sesumpah adalah sejenis cicak yang berupaya menukar warna kulitnya mengikut keadaan persekitaran bagi tujuan menipu mangsa ataupun musuh.

Thursday, August 14, 2008

Crude Oil Prices 1947 - May, 2008


Sejarah kenaikan harga, infor selanjutnyer sila klik Oil Price History and Analysis

Saturday, August 09, 2008

Bersama Pencala (FRIM 2 Ogos 2008)



Sabtu 2 Ogos 2008, Aku dapat juga akhirnya outing bersama Pencala Photographers. Aku jadi orang pertama dalam group outing pagi tu sampai kat FRIM Kepong. Punyalah bersemangat, maklumlah aku tak pernah sampai tempat tu. Takut nanti tak boleh sampai jam 7:45 pagi kat situ, aku pun berangkatlah awal-awal. Tepat jam 7:30 pg aku sampai depan FRIM, aku pun terus call Bro Ajam. Dia kata tunggu dekat cafe, kat dalam FRIM tu cuma ada satu jer cafe jadi senang la aku nak cari. Sampai cafe tu aku pun terus masuk jer, nampak pulak sorang brother bawak kamera. Aku pun terus tanya dia, "join sekali dengan group Pencala.fotopages ke? brother tu pun cam ternganga kejap. Dia tanya aku dari mana? aku cakap la dari Cyberjaya. Dia kata dia ada Trasure Hunt, dari jalan Tun Razak jer. Aku pun selenger jer....buat-buat cam takder apa-apa berlaku aku terus capai pinggan ambik ler mee goreng pastu order teh O. Aku pun terus duduk makan sorang-sorang, ambil-sambil tu aku tepon Bro Ajam lagi. Dia kata dah sampai, ada kat parking....aku pun terus makan laju-laju. Siap jer terus bayar N kuar tengok-tengok kalau ada dia orang. Pastu aku nampak Bro Ajam jalan ngan Jimie, aku pun terus tegur dia. Dia kata yang lain dalam perjalanan lagi. Kita org pun terus cari meja duduk dulu sambil menunggu yang lain. Jam 8:00 pg barulah semua org datang...pastu kita pun teruskan aktiviti seperti yang dirancangkan......adios.........

Thursday, August 07, 2008

Eye...

Muhammad Alfian

Nurain

7th anniversary




Kemarin 5 Ogos adalah hari lahir Yana yang ke-28, pada hari tu juga adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7.."I Love U darling" semoga dilanjutkan usia dan kita bahagia selamanya disamping anak-anak yang comel dan manja. Insya'allah.........