Tuesday, July 31, 2007

Kini

Mama & Alfian - Genting Highland (17/3/2007)

Alfian - Nilai 3 (30/5/2007)

Ain - Zoo Melaka (29/5/2007)

Mama, Kakak & Adik..I love you all too much




Ain dah pun 3 thn 5 bln, Alfian pulak dah 1 thn 7 bln. Kejap jer dia orang nie dah besar, tak perasan pulak rasa macam baru semalam jer. Oleh kerana seronok melayan dia orang nie kita pun tak perasan dah besar dah anak-anak ayah yang manja sesangat nie. Adik dah semakin petah bercakap, kakak pulak makin banyaklah soalan-soalan yang diajukan kat ayah. Kadang-kadang sampai tak terjawab. Kang buat diam jer, kesian kat dia pulak. Jawab jer la janji dia puas hati, kalau tak kang tak renti-renti soalannya. Dia orang berdua nie rajin menulis ngan mewarna, sampai dinding-dinding pun habih ditulisnya........jawabnya kenalah touch-up dinding tu. Sekarang nie kakak dah pandai pulak main play station, abih la tak dapat Mama tengok TV....tapi takper mama juga yang bagi idea belikan game tu. Sekarang nie mama pulak join sama. he he he....