Sunday, May 24, 2009

Gold Coast

Kita orang gi Gold Coast petang jumaat hari tu (22 may 2009), saja nak ambil angin pantai. Sambil tu pergi pekena Steamboat kat situ...menarik juga, sebab tempat menarik dari segi pemandangan dan kebersihan. Kita orang nak cari tempat makan yang aman damai sebab Alfian dia tak suka tempat ramai orang sangat dan tak selesa....kat situ nak makan ikan bakar pun ada....kira ok la...harga pun standard jer..

Mama khusyuk melihat menu....."apa nak order nie...semua sedap"

Adik suka jer...yang penting dia gi jalan-jalan..






Air kelapa nie persembahan jer menarik...harga RM5.00....kat belakang rumah Bapak petik free jer...cakap jer nak berapa banyak...dah tu airnya ciput jer...he he

Kakak macam-macam aksi pulak....






Nurain sempat juga main kat pantai...adik langsung tak nak pijak pasir...




Monday, May 18, 2009

Gelagat sanak sedara....

Pengantin punyalah suka dinikahkan ada pulak yang menangis kat belakang...


Macam-macam gelagat ada...yang belakang tu pun sempat nak beraksi...







Gambar-gambar diambil pada hari berlangsungnya persandingan Nurul ngan jejaka pilihannya..

Nikah Kawin....Nurul kat Kuala Pilah





1 may 2009, Nurul Nisyak Abd. Rahman selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya. Akad nikah dilakukan oleh ayahandanya sendiri...."Selamat Pengantin Baru"...

Sunday, May 17, 2009

Ain Bersukan...8 May 2009

8 May 2009. bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Sekolah Tadika Abim Zon 2 Sepang telah mengadakan hari sukan bersama Ibu Bapa, kanak-kanak serta guru-guru. Bermula jam 9:00 pg sehingga 2:00 ptg bermacam-macam acara telah berlangsung, disertai oleh kanak-kanak dan juga ibubapa serta guru-guru. Kebetulan cuaca hari itu agak baik, redup sepanjang acara diadakan. Taklah kepanasan mereka yang hadir pada hari itu.

Ain menerima hadiah setelah mendapat tempat pertama dalam dua acara yang dia sertai...sukalah dia. Balik kat rumah asyik ditengok jer trofi tu.

Penonton pun dahaga lebih-lebih peserta pulak..