Thursday, April 10, 2008

Sepetang Di Bagan Lalang

Lokasi: Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Kira-kira 60km perjalanan dari Putrajaya.



Sabtu lepas (5 April 2008) kita orang pegiler ke Bagan Lalang berjalan-jalan, tujuan utama nak makan sea food kat situ. Memang menarik, banyak pilihan dan harganya pun ok. Timer Kasih ler kat Zaimi & Mai kerana sudi belanja kami anak beranak, lain kali boleh kita pegi lagi. Masakannya pun ok, secara keseluruhan berpuas hatilah kami. Tapi hari tu kami tak punya masa yang banyak, datang pun sampai dah dekat pukul 7:00pm. Jadi tak puas la nak jalan-jalan meninjau sekitar pantai kat situ, dari apa yang aku perhatikan pantainya pun ok. Yang menarik tu kalau datang siang-siang hari boleh la kita makan-makan sambil menikmati angin pantai. Best tu......