Saturday, January 04, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun Baru 2014 untuk semua sahabat, rakan-rakan serta pengikut/pembaca blog ku yang tak seberapa ini. Setelah lama aku tidak menulis apa-apa nukilan didalam blog ini, mulai Januari 2014 insya'allah aku akan kembali bersama blog ini semula. Sebenarnya aku menyepikan diri seketika kerana kehilangan moral untuk menulis atau berkaria diatas kehilangan 2 orang ahli keluarga yang dikasihi. Seperti yang tertulis didalam post yang terdahulu, aku telah kehilangan bapa tercinta pada 1 okt 2011 dan setahun kemudian pada Mei 2012 aku kehilanga Abang Ipar yang juga sahabat ku. Perginya mereka berdua yang tidak akan kembali lagi telah melemahkan moral ku untuk melakukan apa saja, lebih-lebih lagi Abang Ipar ku meninggal secara tiba-tiba akibat serangan sakit jantung. Walau apa pun aku merasa berpuas hati kerana dapat bersama-samanya semasa diakhir-akhir hayatnya. Apa pun Al-Fatihah buat ayahanda Mohd Sadikin Bin Sarpin serta Abang Hairolnizam Illias, semoga rohnya dicucuri rahmat disisi yang maha esa.

Wassalam,

-mazmi-