Saturday, August 09, 2008

Bersama Pencala (FRIM 2 Ogos 2008)



Sabtu 2 Ogos 2008, Aku dapat juga akhirnya outing bersama Pencala Photographers. Aku jadi orang pertama dalam group outing pagi tu sampai kat FRIM Kepong. Punyalah bersemangat, maklumlah aku tak pernah sampai tempat tu. Takut nanti tak boleh sampai jam 7:45 pagi kat situ, aku pun berangkatlah awal-awal. Tepat jam 7:30 pg aku sampai depan FRIM, aku pun terus call Bro Ajam. Dia kata tunggu dekat cafe, kat dalam FRIM tu cuma ada satu jer cafe jadi senang la aku nak cari. Sampai cafe tu aku pun terus masuk jer, nampak pulak sorang brother bawak kamera. Aku pun terus tanya dia, "join sekali dengan group Pencala.fotopages ke? brother tu pun cam ternganga kejap. Dia tanya aku dari mana? aku cakap la dari Cyberjaya. Dia kata dia ada Trasure Hunt, dari jalan Tun Razak jer. Aku pun selenger jer....buat-buat cam takder apa-apa berlaku aku terus capai pinggan ambik ler mee goreng pastu order teh O. Aku pun terus duduk makan sorang-sorang, ambil-sambil tu aku tepon Bro Ajam lagi. Dia kata dah sampai, ada kat parking....aku pun terus makan laju-laju. Siap jer terus bayar N kuar tengok-tengok kalau ada dia orang. Pastu aku nampak Bro Ajam jalan ngan Jimie, aku pun terus tegur dia. Dia kata yang lain dalam perjalanan lagi. Kita org pun terus cari meja duduk dulu sambil menunggu yang lain. Jam 8:00 pg barulah semua org datang...pastu kita pun teruskan aktiviti seperti yang dirancangkan......adios.........

No comments: