Thursday, December 07, 2006

Happy Birthday Alfian


Selamat Hari Jadi Muhamad Alfian, hari nie 7 Dec 2006 Alfian genap setahun. Seronoknyer adik ngan kakak, sebenarnyer kerusi makan tu ayah hadiahkan sempena birthday adik. Tapi saje beli awal sebab adik suka makan sama-sama ayah ngan ibu dan kakak. Family aku dah mendidik aku supaya kita sewaktu makan biarlah bersama-sama sebab dari situlah bermulanya kemesraan kita. Kalau makan pun sorang-sorang nanti orang yang last tu dapat saki baki jer, lagi satu kalau makan sama-sama selera pun bertambah sebab seronok jer ader teman. Kalau budak-budak tu bila makan sama-sama biasanya dia orang nie berebut-rebut jadi dia akan makan banyak, kalau biar makan sorang-sorang dia rasa tak ader pencabar dia jadi slow jek. Moral-nya tu ler pasal aku beli kerusi nie untuk adik selain tak mau dia kacau makanan atas meja dia pun rasa syok duduk atas kerusi krtun dia tu, lepas tu kakak pulak jadi pengacau nyer..........

No comments: