Tuesday, December 29, 2009
Selamat Tahun Baru
Buat Isteri tercinta, sanak saudara serta teman-teman yang mengenali diri ini dan semua pembaca blog ini saya ucapkan ....semoga anda semua terus ceria dan berbahagia selalu....
Monday, December 14, 2009
Hari ini dan Semalam
Salam,
Lama aku menyepi dan tak update blog ni. Antara peristiwa penting bulan nie.."Birthday Alfian yang ke-4" HAPPY BIRHDAY ADIK - Semoga adik menjadi anak yang soleh..

Sementara tu aku pun sibuk bertukang kat rumah, saja buat aktiviti nak bagi cergas kepala. Antara perkara lain aku jugak tengah setting business network untuk Smart Naco, sapa nak join boleh la....ada macam-macam dia jual. Tapi partner aku tumpukan kat product Susu IGG Plus..kalau nak infor lanjut kat sini http://www.smartnaco.com/ dan kalau ada yang berminat boleh la contact aku yek. Banyak juga gambar-gambar yang aku tak sempat lagi nak publish kat blog, insya'allah aku akan update dari masa ke semasa.
Lama aku menyepi dan tak update blog ni. Antara peristiwa penting bulan nie.."Birthday Alfian yang ke-4" HAPPY BIRHDAY ADIK - Semoga adik menjadi anak yang soleh..

Sementara tu aku pun sibuk bertukang kat rumah, saja buat aktiviti nak bagi cergas kepala. Antara perkara lain aku jugak tengah setting business network untuk Smart Naco, sapa nak join boleh la....ada macam-macam dia jual. Tapi partner aku tumpukan kat product Susu IGG Plus..kalau nak infor lanjut kat sini http://www.smartnaco.com/ dan kalau ada yang berminat boleh la contact aku yek. Banyak juga gambar-gambar yang aku tak sempat lagi nak publish kat blog, insya'allah aku akan update dari masa ke semasa.
Tuesday, November 24, 2009
Study dah abis...layan la lagu...
Salam, lama betul rasanyer aku tak buatapa2 kat blog nie. Hari nie aku kijer malam, dah tahap gaban keboringan aku. Layankan lagu rockapak nie syok jugak. Alhamdulillah aku pun berjaya menamatkan pengajian aku selama 5 thn kat UTM, buat pelan-pelan akhirnya habis jugak. Lega rasanyer, buat masa nie rasanyer cukup la takat nie dulu. Mula-mula tu hajat ingat nak direct terus buat Master, tapi memandangkan ekonomoney tak mengizinkan aku pun bersyukur jer la buat masa nie. Bila dah habis belajar nie rasa macam tak ada apa aktiviti pulak, kena jugak cari sesuatu aktiviti yang menguntungkan...apa pun rilek-rilek ler dulu...
Monday, October 05, 2009
Sunday, August 09, 2009
Putrajaya Floria Fest 2009






Saturday, August 08, 2009
My Wife Birthday

Happy birthday Yana, 5 ogos merupakan harijadi Yana dan juga ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8. Terima kasih mama, kami sayang mama.....I Love U....Hug & Kiss...muuaaaahhhhhhhh...............semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu....Aminnnnnnnnn...

http://d-bakery.blogspot.com
Sunday, August 02, 2009
Kerja oh kerja
Hari nie hari ahad...aku dah kerja kat bilik hosting nie dah 7 tahun. Rasa dah sampai tahap tepu betul, naik lebam mata mamandang monitor PC ngan laptop..aku kerja dari semalam...boring betul. Dah sampai tahap tak reti nak buat apa dah...macam nie la kerja geng TSC kat Cyberjaya...kalau masa mula-mula kerja dulu biasa bagi kita orang kerja sampai 3 - 4 syif, yang ada tu sampai dah tak kenal rumah. Makan tido kami dalam data center ajer ler....sangat berbeza persekitaran kejra kami dulu dan sekarang....kalau dulu kami kerja dalam keadaan happy jer walaupun tak balik sampai 2 hari...tapi ini semua dah berubah...seorang demi seorang bertukar meninggalkan TSC. Salah satu sebab, sebab kami rasa kerja giler kami kat TSC tak dihargai. Kalau dulu semua kerja nak ditimbunkan kat TSC, apa masalah TSC....ada apa2 hal TSC....senang cerita TSC nie tong sampah....dah akhirnya kami dah jadi sampah....orang ingat masa nak gunakan kami jer...itulah nasib kami...kini kami sudah terasa kena jentik...walau tak secara terang-teranga....tapi hakikatnyer macam tulah....ntahlah....yang penting cukup bulan dapat gaji....alhamdulillah..........
Friday, July 31, 2009
Solat Jumaat

Assalamualaikum, dalam nukilan nie bukan aku nak bersyarah atau nak mengajar tetapi sekadar renungan dan pengajaran. Hari nie Jumaat, pukul 1:15pm aku pegi la masjid untuk sembahyang jumaat. Seperti biasa kalau tak kerja aku sembahyang kat Masjid Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, dekat ngan rumah aku. Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan berkenaan suasana dan ketenteraman semasa nak sembahyang tu. Dekat ruang sembahyang wanita yang terletak di tingkat atas punyalah riuh rendah sedangkan khatib sedang membaca khutbah jumaat. Budak-budak yang dekat atas tu kebanyakkannya berpakaian sekolah agama, tapi aku tak faham kenapa budak-budak nie tak reti diam. Sapa yang harus dipersalahkan, nanti kalau aku cakap budak-budak nie mak bapak dia tak ajar ke atau Cikgu dia tak bagi tau ke. Nanti ada orang kata pulak macam tak faham budak. Tapi masa aku kecik dulu bapak aku dah pesan awal-awal "kalau nak pergi sembahyang jumaat jangan buat bising". Kalau dia tau aku buat bising dah tentu dia tak bawak lagi aku pegi sembahyang jumaat, sebab budak-budak kalau belum berkhatan pun sebenarnya tak boleh duduk barisan hadapan sebab dia sentiasa ada hadas (najis pada kemaluan budak lelaki yang belum berkhatan tidak boleh disucikan sepenuhnya). Bila kita sembahyang berjemaah depan kita ada kanak-kanak yang belum berkhatan maka putuslah syaf itu....itu la seingat aku yang cikgu aku ajar....tapi orang sekarang banyak yang dah tak ingat perkara-perkara macam tu. Mereka kata nak ajar anak pergi masjid, nak ajar anak pergi masjid tu bagus. Tapi ajarla betul-betul.....ini budak-budak buat bising dalam masjid sampai betul-betul rasa terganggu jemaah dalam masjid tu. Pernah satu hari tu aku tengok ada orang tua merenung kat budak-budak tu dengan muka marah, tapi tak ada apa-apa kesan pun. Budak-budak tu tengok dengan tersengeh-sengeh dan ketawa jer, tak tau la aku kenapa jadi begini....budak-budak tu langsung tak reti nak hormat orang....macamana ibubapa mereka dirumah...adakah serupa macam anak mereka....ntah la...
"apa komen anda"
Monday, July 27, 2009
Space oh Space
Gara-gara aku nak abihkan juga last paper nie terpaksalah aku berulang dari Sepang ke JB. Ahad lepas dengan Sabtu semalam nie aku turun ler JB....letih juga bila tiap-tiap minggu nak kena gi JB....nak drive letih jugak...poket pun letih gak.....Anak-anak aku suka jer sebab dia org dapat balik kampung. Tapi Sabtu semalam nie aku ada jumpa Dr. Syafri untuk selesaikan permasalahan aku nie....nak bagi ringan beban aku..memandangkan student pun tak ramai maka dia pun suruh kita org buat 3 perjumpaan sahaja...kemudian buatlah beberapa assignment dan projek...dan kemudian yang bestnyer no final exm....kira dia nak bagi aku gred jer la.....tq Dr....aku salam dia 3 kali oooo....suka sangat punya pasal....hu hu....
Friday, July 03, 2009
kakak & adik
Tuesday, June 23, 2009
Hari nie Birthday aku.....
Monday, June 15, 2009
Trip to Jakarta - Bandung ( 6 jun - 10 jun 2009)
















Hari kedua kita orang habiskan waktu di Pasar baru, kaum ibu sebuk membeli-belah....bapa-bapa kena jaga anak-anak yang bermacam-macam ragam...aduh lepaknyer.....pengalaman shopping giler yang tak pernah dibuat kat Malaysia. Abih berjuta-juta sehari...tapi Rupiah jer...orang kat Bandung baik-baik tak nampak yang cuba ambil kesempatan walaupun dia tahu kita tak tau selok-belok kat situ, kebanyakkan dia orang membantu.....pengalaman yang menyeronokkan...lagi satu kita mudah berkomunikasi sebab bahasa kita sama jer....




Subscribe to:
Posts (Atom)