Friday, December 15, 2006
Thursday, December 07, 2006
Happy Birthday Alfian
Selamat Hari Jadi Muhamad Alfian, hari nie 7 Dec 2006 Alfian genap setahun. Seronoknyer adik ngan kakak, sebenarnyer kerusi makan tu ayah hadiahkan sempena birthday adik. Tapi saje beli awal sebab adik suka makan sama-sama ayah ngan ibu dan kakak. Family aku dah mendidik aku supaya kita sewaktu makan biarlah bersama-sama sebab dari situlah bermulanya kemesraan kita. Kalau makan pun sorang-sorang nanti orang yang last tu dapat saki baki jer, lagi satu kalau makan sama-sama selera pun bertambah sebab seronok jer ader teman. Kalau budak-budak tu bila makan sama-sama biasanya dia orang nie berebut-rebut jadi dia akan makan banyak, kalau biar makan sorang-sorang dia rasa tak ader pencabar dia jadi slow jek. Moral-nya tu ler pasal aku beli kerusi nie untuk adik selain tak mau dia kacau makanan atas meja dia pun rasa syok duduk atas kerusi krtun dia tu, lepas tu kakak pulak jadi pengacau nyer..........
Tuesday, December 05, 2006
Monday, December 04, 2006
Teambuilding 2006
26/27/28 Nov 2006, rasa-rasanya inilah kali pertama dan terakhir TMnet buat aktiviti teambuilding nie...lepas nie tak tau camner sebab TMnet telah dirombak semula. Ramai orang kena masuk Telekom Malaysia, ramai yang mengeluh sebab kat Telekom tak best macam TMnet. Maybe lepas nie TMnet join Media Prima jadilah kita orang personaliti TMnet pulak, nanti ader vote tau dapat anugerah personaliti TMnet popular...he he he he he....
Sunday, December 03, 2006
Aidilfitri 2006
1 syawal 1427H bersamaan 24 Oktober 2006, kami sekeluarga meraikan hari raya aidilfitri kali ini tanpa keluarga Kak Juriah, dia orang balik beraya Teluk Intan, Perak. Seperti biasa pada Hari Raya pertama kami berkumpul kat rumah Mak & Bapak kat Yong Peng, lepas sembahyang baru kami masing-masing pergi ke rumah ibubapa mertua pulak. Mujurlah keluarga sebelah mertua pun tinggal dekat-dekat dengan ibubapa kami. Alhamdulillah, mudahlah urusan kami....
Subscribe to:
Posts (Atom)