Buat pengantin semoga terbinalah satu keluarga yang bahagia
Nie ler pengantin lelaki, satu-satunya Abg sepupu Yana. Ain ngan Alfian pun tak ketinggalan jugak nak bergambar ngan pakcik sedara dia yang sorang nie.
Gambar Yana ngan pengantin bersama adik beradiknya
Ain ngan minibike, geram jer dia tengok.
On the way nak gi hantar sepupu Yana bersanding kat Kampung Tanjung, Nilai tu arie aku sempat singgah sekejap kat Nilai 1 sambil-sambil tunggu dia orang sampai. Kebetulan pulak ada minibike race, ini dah cukup bagus. Aku apa lagi cam biasa la, keluar la canon aku...dapat gak ambik gambar adik-adik kecik berlumba. Seronok juga tengok dia orang berlumba, dari kecik dah diasah bakat Tengok jer la sekarang nie pun pelumba-pelumba cubprix pun dari kalangan remaja belasan tahun. Tak macam dulu, dah tua-tua pun tak sedor-sedor nak belumba lagi. Ain pun suka ler sangat menengok motor-motor nie. Kalau aku belikan, aku ingat dia pun berani naik. Anak pompuan aku nie lasak sikit, yang lelaki pulak takut bila dengan bunyi motor tu bising sangat.
Dari Kiri : Sham, Raub, Hj. Razak, Rosli, Fisal, Shahrul & Zahari
Dari Kiri: Raub, Hj. Razak, Fisal & Rosli
Dari kiri : Shahrul, Fadzli, Zul UIA & Zahari
Gambar-gambar nie aku ambik masa kita orang buat study group nak final exam tu arie, berkat kesungguhan dan bantuan serta semangat yang dia org beri alhamdulillah keputusan yang aku dapat pun sedap didengar.
20 may 2008, pagi-pagi kita orang pegi taman permainan kat depan PCC ( Putrajaya Convention Center) saja nak berkelah. Ain ngan Alfian bermain la kat situ, aku seperti biasa merakamkan gambar keletah dia org. Mama sampai-sampai terus makan jer...
Oleh kerana dah lama juga tak keluar jalan-jalan ngan budak-budak nie dan aku pun tak ada masa maka aku pun snap jer la apa yang dia org buat kat umah. Dapat juga lepaskan gian ambik-ambik gambar. Budak-budak nie pun dah memang jadi model tetap aku, jadi dia orang pun posing jer ler kalau aku cakap nak ambik gambar. Siap tak puas-puas pulak, nak lagi ajer.
Monday, May 12, 2008
Hii, assalamualaikum.....lokasi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Aktiviti nie adalah siri pembuangan cas -ve yang Yana cadangkan. Sebenarnya aktiviti seperti nie adalah baik untuk kesihatan...pembuangan cas -ve dapat melegakan rasa-rasa letih, lesu serta ngantuk didalam badan kita setelah penat bekerja. Lebih-lebih lagi pada masa kini kita bekerja dengan komputer adalah lebih mudah mendapat cas-cas -ve nie...